Search

Hari ini saya telah menghadiri majlis pecah tanah ...

  • Share this:

Hari ini saya telah menghadiri majlis pecah tanah yang diadakan untuk TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC) kedua yang akan dibangunkan di Muar.

Pembinaan TMIYC MUAR adalah idea dan visi saya untuk memperkasakan pembangunan golongan belia dengan pembinaan sebuah YOUTH CENTRE di setiap daerah di Johor. TMIYC MUAR akan dilengkapi dengan pelbagai kemudahan bagi manfaat golongan belia dan bakal menjadi titik tumpuan belia tempatan untuk perkembangan diri dan aktiviti kumpulan.

Matlamat TMIYC MUAR adalah untuk membuka ruang yang kondusif bagi membolehkan belia Johor mencungkil bakat untuk perkembangan diri mereka dengan kemudahan yang sempurna dan penganjuran aktiviti-aktiviti yang sesuai.

Pada masa yang akan datang, belia di Muar dan daerah yang lain tidak perlu berjalan jauh untuk menikmati kemudahan seperti padang bola sepak sintetik, gelanggang sukan extreme, hab e-sports, dan gelanggang futsal serta asrama untuk penginapan pengunjung. Ini adalah hasrat dan azam saya untuk membawa pembangunan kepada seluruh negeri dan warga Johor, terutamanya golongan belia.

Selain daripada membina YOUTH CENTRE di Muar, saya juga memberi sumbangan sebanyak RM300,000 untuk disalurkan kepada pelajar-pelajar miskin dari 96 buah kampung di sekitar daerah Muar. Semoga bantuan ini dapat memenuhi keperluan pembelajaran mereka.

Matlamat saya adalah untuk membina YOUTH CENTRE di setiap daerah di Johor. Kini sudah ada TMIYC JOHOR BAHRU yang telah dirasmikan pada 21 Disember 2020, dan pada hari ini majlis pecah tanah diadakan untuk TMIYC MUAR.

Saya akan terus berusaha untuk membangunkan YOUTH CENTRE ini demi membangkitkan belia dan membentuk modal insan yang telus, berakhlak mulia dan bertanggungjawab. Inilah visi saya untuk Johor dan inilah yang akan saya jadikan sebuah realiti.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Menteri Belia & Sukan, YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican dan Kementerian Belia & Sukan atas sokongan mereka dalam merealisasikan impian TMIYC.

DYAM Mejar Jeneral Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor

———

Today, I attended the ground-breaking ceremony for the second TUNKU MAHKOTA ISMAIL YOUTH CENTRE (TMIYC), which will be built in Muar.

The TMIYC MUAR is my idea and vision to strengthen youth development by having a YOUTH CENTRE in every district in Johor. TMIYC MUAR will be equipped with various facilities for the benefit of youths and will be the focal point for personal development and group activities.

The aim of TMIYC MUAR is to provide a conducive space for the Johor youth to hone their talents for their personal development with complete facilities and group learning activities.

In the future, the youth community in Muar and nearby districts would not need to travel far to enjoy facilities such as a fully synthetic football pitch, extreme sports venue, futsal courts and dormitories for short stays. It is my hope and desire to bring development to the entire state as well as Johoreans, especially the youth community.

Besides building the YOUTH CENTRE in Muar, I also made a RM300,000 contribution to poor students from 96 villages around Muar. I hope the assistance will help meet their educational needs.

My target is to build the YOUTH CENTRE in every district in Johor. We now have the TMIYC JOHOR BAHRU that was officially opened on 21 December 2020, and today the ground-breaking ceremony was held for the TMIYC MUAR.

I will continue to work hard to develop the YOUTH CENTRE in order to build up the youth community to form role models who are honest, responsible and compassionate. This is my vision for Johor and I will make it a reality.

I would also like to thank Youth & Sports Minister YB Dato' Sri Reezal Merican Naina Merican and the Youth & Sports Ministry for their support in realising the TMIYC dream.

HRH Major General Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, Crown Prince of Johor


Tags:

About author
not provided
His Royal Highness Major General Tunku Ismail ibni Sultan Ibrahim, The Crown Prince of Johor.
View all posts